Isnin, 16 April 2012

Lawatan Ke Zoo Negara

 Jawatankuasa kecil Kebudayaan dan Sosial telah menganjurkan program lawatan ke Zoo Negara pada 18 Jun 2011 bersempena bulan kanak-kanak Majlis Peperiksaan Malaysia.  Program ini adalah gabungan usaha pengurusan taska yang melibatkan kanak-kanak taska sendiri.  Seramai 17 orang kanak-kanak dan 27 orang dewasa yang terdiri daripada kakitangan dan keluarga masing-masing telah hadir untuk lawatan ini.  Semua peserta telah berkumpul di luar zoo pada jam 8:30 pagi dan menikmati sarapan pagi bersama-sama yang ditaja oleh BKKSK.

Terdapat topi binatang yang diagihkan kepada kanak-kanak, manakala goodie bag yang mengandungi makanan dan minuman ringan diberikan kepada semua peserta.  Antara aktiviti yang diadakan sepanjang lawatan adalah kuiz kepada kanak-kanak, menonton animal show, disamping mendekatkan diri dengan alam sekitar dan mengenali lebih banyak spesis haiwan.  Pemenang kuiz telah mendapat cenderahati berupa barangan Tupperware yang ditaja oleh Puan Siti Hajar.  

Gambar sekitar lawatan ke zoo negara (Sila klik untuk besarkan gambar)

Breakfast Ditaja oleh BKKSK


Sesi taklimat oleh Pengerusi J/K Kebudayaan & Sosial










Animal Show


Selasa, 29 Mac 2011

Family Day 2011

Acara: Hari Keluarga MPM

Tarikh: 19 Mac 2011 (Sabtu)

Tempat: Taman Tasik Titiwangsa