Khamis, 7 Oktober 2010

Majlis Sambutan Hari Raya BKKSK dan Taska MPM

Sambutan Hari Raya BKKSK telah diadakan pada 24 September 2010 (Jumaat) bersamaan 15 Syawal 1431H di Dewan Besar MPM bermula jam 11.00 pagi. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran semua warga MPM dengan tema sambutan pada tahun ini adalah 'Glamor Raya". Pemenang bagi 'Pakaian Paling Glamor' kategori lelaki dimenangi oleh En. Zainal Abiddin Ahmad dan bagi kategori wanita dimenangi oleh Cik Juwita Mohamed Johan. Bagi Pertandingan Mencipta Kad Raya pula dimenangi oleh En. Saiful Nizam dari Bahagian Percetakan Keselamatan. Majlis berakhir sekitar jam 3.00 petang. Jamuan Hari Raya Taska pula telah diadakan pada 28 September 2010 bertempat di Taska MPM. Jamuan berlangsung dari jam 1.00 hingga 2.00 petang dengan dihadiri oleh Encik Ahmad Kamal bin Hj. Abdul Hadi selaku Pengerusi BKKSK, AJK Kecil Taska, Ibu bapa dan anak-anak. Sila klik untuk besarkan gambar.