Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Tuan/Puan Bagi mengembalikan nostalgia kad raya jawatankuasa Kebudayaan dan Sosial Bkksk MPM akan menganjurkan satu pertandingan iaitu "Mencipta Kad Raya" bagi tahun 2010.
Oleh demikian tuan/puan yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut bolehlah mula mencipta kad raya tersebut bermula pada
23 Ogos 2010 (Isnin) hingga 3 September 2010 (Jumaat). Syarat-syarat penyertaan seperti yang telah ditetapkan :
Syarat-syarat penyertaan : - Terbuka kepada semua ahli BKKSK MPM. - Ciptaan mesti menggunakan sekeping manilakad dan mempunyai idea-idea yang menarik. - Ciptaan yang menang akan dicetak dan diguna pakai pada tahun hadapan.
- Hadiah hanya akan diberi kepada juara sahaja iaitu berupa duit raya sebanyak RM 50.00
- Sebarang bantahan tidak akan dilayan. Keputusan pengadil adalah muktamad.
- Pemenang akan diumumkan ketika majlis sambutan hari raya 2010.
Sekian, terima kasih.
Ahmad Iqbal Bin Abd Razak Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Sosial 2010-2012 Badan Kebajikan, Kebudayaan, Sukan dan Kakitangan Majlis Peperiksaan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan